فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Thursday 15 March 2018

Pengalaman Join Kem Magnet Nafas

عَنْ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْد رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِيْ إِلَى الْبِرِّ ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِيْ إِلَى الْجَنَّةِ ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيْقًا ، وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ إِلَى الْفُجُوْرِ ، وَإِنَّ الْفُجُوْرَ يَهْدِيْ إِلَى النَّارِ ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا

Dari ‘Abdullâh bin Mas’ûd Radhiyallahu anhu, ia berkata: “Rasûlullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Hendaklah kalian selalu berkata benar, kerana kebenaran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan seseorang ke Syurga. Dan apabila seorang selalu berkata benar dan tetap memilih kebenaran, maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai orang yang BENAR (SIDIQ). Dan jauhilah oleh kalian berbuat dusta, karena dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan mengantarkan seseorang ke Neraka. Dan jika seseorang sentiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai pendusta (pembohong).’”

Merujuk kepada hadis di atas, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sendiri mengenai fitnah yang sedang melanda Malaysia. Saya sudah lama diam dengan apa yang berlaku. Berkali-kali saya diingatkan dalam sedar dan jaga mengenai tanggungjawab dengan nikmat yang telah saya perolehi selama ini yang membawa ketenangan zahir dan batin.

Saya sendiri pernah menghadiri Kem Magnet Nafas anjuran Perahmat atau di kenali sebagai Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin. Sebanyak 4 siri saya mengikuti nya. MasyaAllah hebat majlis nya tidak seperti mana mana majlis ilmu yang pernah saya hadiri. Penjelasan ilmu dan amalan amat terperinci.

Pengalaman menghadiri kem Magnet Nafas pertama membuat saya mengikuti 3 siri selepas nya. Bagi saya tiada kesesatan atau penyelewangan dalam majlis tersebut. Antara yang hadir majlis magnet Nafas adalah dari kalangan ulama juga. Ulama dari Acheh iaitu Tengku Zulfan dan Ustaz Abdullah dan dari Malaysia Dato' Ali Malik (PERKIM), Ustaz Suhaimi Imam besar Masjid Rumpun Makmur juga menyokong akan Program Kem magnet nafas di teruskan. Tapi sayang dengan fitnah yang melanda kem yang hebat dan memberi kesedaran pada jiwa yang dahagakan ilmu terpaksa di hentikan.



Pengalaman saya sendiri memberi impak yang hebat dalam hidup saya sekeluarga. Selama ini saya tercari-cari bagaimana untuk mencapai ketenangan dalam beribadah.
Alhamdulillah, dengan mengamalkan mengingati Allah setiap masa dalam setiap nafas membuat saya sentiasa tenang dan aman. Jika tidak, selama ini hidup saya kelam kabut mengejar dunia sentiasa. Walaupun solat dan berzikir, namun tiada rasa nikmat langsung. Hanya yang ada penat, lelah dan bosan sahaja.

Kupasan Lanjut baca disini

No comments:

Post a Comment