فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Sunday 7 January 2018

Ulama Aceh cuba melabel SDRIK Syiah. Ini Respon Presiden Rahmanita.

Sheikh Dr. Ismail Syiah Sesat

Berikutan tuduhan yang berlegar di laman youtube berkenaan Sheikh Dr. Ismail Kassim adalah sesat dan seorang syiah. Presiden Rahmanita Puan Khadijah Mat Jadi merupakan sayap kiri Pertubuhan Rahmatan Lil Alalmin tampil memberi respon tentang isu berkenaan dengan menafikan Sheikh Dr. Ismail Kassim dan kesemua ahli pertubuhan bukanlah pengikut Syiah dan mereka tetap dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Respon yang berdurasi 3:59 itu telah dimuat naik  di laman youtube official Perahmat untuk menjelaskan isu fitnah dari pihaknya. Fitnah yang berlaku menurut beliau adalah disebabkan beberapa faktor

  1. Tidak Faham
    Mereka yang membuat membuat tuduhan tersebut dianggap tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Sheikh Dr. Ismail Kassim (SDRIK) di dalam majlis
  2. Tidak Berbincang
    Tiada perbincangan dibuat untuk mendapat penjelasan dari pihak yang difitnah. langsung terus dengan tuduhan
  3. Kekeliruan Bahasa
    Penggunaan bahasa yang tidak sama diantara kedua negara juga mungkin punca kekeliruan ketidak fahaman apa yang cuba hendak di sampaikan.
"Kami kesal kerana Sheikh Dr. Ismail Kassim dan Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin hanya membawa ilmu Syahadah Laa ilaha illAllah Muhammadur RasulAllah ke merata dunia" Kata Puan Khadijah Mat Jadi

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat

"Kalau kita menghadiri kuliah SDRIK hanya mencari kesalahan sampai bila pun kita tidak akan jumpa kebenaran". Menurut beliau sesorang itu perlu la hadir dengan niat kerana Allah Taala InsyaAllah Allah akan tunjukkan keberanan.

Presiden Rahmanita itu juga menasihati sesiapa sahaja yang ingin membuat tuduhan fitnah supaya mengkaji dahulu dan berbincang sebelum membuat sebarang tuduhan terhadap Sheikh Dr. Ismail Kassim dan Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin dengan melabel sebagai sesat atau pengikut Syiah.

Seharusnya kita semua harus takut kemurkaan Allah terhadap pemfitnah kerana apa yang SDRIK dan Pertubuhan mereka sampaikan adalah sama sepertimana yang dilakukan oleh Zaman Rasulullallah Sallahu alaihi Wassalam dan para sahabatnya hingga ke hari ini iaitu Asyhadu An Laa ilaha illAllah Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah"



No comments:

Post a Comment