فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Sunday, 18 February 2018

Terkejutnya Zikir Hasbi Rabbi JallAllah kanak-kanak Digubah. Adakah pengaruh Wahabi?



Siapa je tak pernah dengar Zikir ni? Kalau dulu rajin astro oasis  mainkan Zikir hasbi Rabbi..  Inilah Zikir berzaman Orang dahulu kalau nak dodoikan  anak. Siapa pernah rasa zaman buaian yang digantung dgn kain batik di palang tiang.. Legend! . Zikir ini juga sering digelar Zikir penenang hati oleh ahli zakirin..  kalau tak percaya cuba baca ulang-ulang bait zikir ini. insyaAllah akan rasa ketenangan.

Dari liriknya bukan kosong sembarangan, bila diperhatikan sangat tinggi maknanya. Dipenuhi dengan lautan ilmu dari setiap barisan. Semua duduk dibawah lautan ilmu kalimah La ilaha illAllah Muhamadu RasulAllah ﷺ. Jangan lupa cari dalam surah Muhammad ﷺ Fa'lam annahu Laa ilaha illAllah (QS47:19). 

حسبي ربي جل الله
Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Rabbku Allah Maha Agung

 مافي قلبي غيرُ الله
Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hati ku kecuali Allah

 نورِ محمد صلى الله
Nur Muhammad SallAllah
Cahaya Muhammad ﷺ selamat atas NYA

 لا الہ اِلا اللہ
Laillahhaillallah
Tiada Ilah selain Allah..

Nak dijadikan cerita... Baru2 ini ada beli cd zikir untuk anak-anak. Terkejut nya bila dengar recording Zikir keluaran syarikat tempatan ini ada sedikit  kelainan pada satu perkataan ni..  Mereka menggubah perkataan  "Nur" Muhammad SallAllah. Ditukar kepada "Ala" Muhammad. Adakah perkara secara kebetulan atau adakah doktrin wahabi telah menular dlm Zikir-zikir rutin pula? Dari track record syarikat ini memang bnyk keluarkan cd nasyid, selawat. Sebelum tu ada juga Zikir penenang hati versi asal nur Muhammad ﷺ dikeluarkan. Cuma keluaran terbaru untuk kanak-kanak ni je ana jd musykil ditukar kepada "Ala". Hati2 ye. 

Strategi ini nampaknya cuba menelusuri ke segenap umur serendah peringkat anak-anak untuk melenyapkan perkataan  nur Muhammad. Perbahasan nur Muhammad ini banyak dibincangkan. Malas nak ulas disini.. Dan ramai ulama muktabar menerima nur Muhammad. Ada satuje kelompok yg nampak bersungguh menolak iaitu wahabi..


Apapon Alhamdulillah  tahniah kepada sahabat hamba baru2ni saudara hazrul dan syarifah intan Farhana yang dikurniakan seorang baby comel yang bernama Nur Muhammad ﷺ. InsyaAllah Nama indah itu tetap terpahat dan diagungkan selamanya aminn.. 

اللهم صلي على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم

Jom dari dok melayan karenah puak wahabi ni mari kita layan youtube Zikir penenang hati.  ini yang diterima secara universal di peringkat antarabangsa yang mana  masih mengekalkan perkataan Nur Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam..

Akhir kata fa'lam annahu La ilaha IllAllah (QS 47:19) 



HASBI RABBI JALLALLAH Part 1| Danish F Dar | Dawar Farooq | Best Naat | 2017


Sami Yusuf – Hasbi Rabbi (Live) | 2017


Versi Khai Bahar









 


No comments:

Post a Comment