Ya Salam Ya Allah
Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.
Nabi Musa alaihi salam adalah seorang nabi yang suka bertanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa Nabi Musa alaihi salam telah berdialog dengan Allah. Dalam dialog itu Nabi Musa berkata: Ya Allah, ajarlah kami satu kalimah yang dapat kami gunakan untuk berzikir dan berdoa kepadaMu.
Jawab Allah Subhanahu Wa Ta’ala: ucapkanlah “Lailaha illallah...” Wahai Musa.
Maka kata Nabi Musa alaihi salam: Semua umatmu sudah mengucapkan kalimah itu wahai Robb
Jawab Allah Subhanahu Wa Ta’ala: Wahai Musa, andaikan langit yang tujuh beserta seluruh penghuninya, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan kalimah “La ilaha illAllah, nescaya masih berat “Lailaha illallah”
Zikir yang terbaik ialah Kalimatul Hak iaitu “La ilaha illAllah sepertimana maksud hadith:
Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya (kekuasaannya), jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha illAllah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
Pernahkah kita bertafakur kenapa kalimah La ilaha illAllah lebih berat dari segala isi langit dan bumi? Apakah yang menyebabkan kalimah itu berat?
Cuba kita tulis kalimah ini di atas kertas lalu kita timbangkan di dacing. Adakah berat?
Apakah yang membezakan jika seorang islam ataupun orang kafir menyebut kalimah ini?
Jika kita perhatikan kalimah La ilaha illAllah ini terkandung dalam bahagian dari rukun islam pertama iaitu syahadah. Malah setiap nabi dan rasul di utuskan untuk menyampaikan tentang kalimah syahadah:
“Dan Kami tidak menggutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya “Bahawasanya tida ada ILAH selain Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”
(Surah Al-Anbiya’ ayat 25)
Sudah pasti ada rahsia dan keistimewaan kalimah ini sehingga semua nabi dan Rasul di utuskan untuk menyebarkan tentang Tiada ilah selain Allah sebagaimana firman Allah di atas.
Adakah kita sedar bahawa rukun Islam pertama ini ada ilmu dan amalannya? Mengapa syahadah terletak di kedudukan nombor satu dalam rukun islam?
Terlalu banyak persoalan yang kita perlu jawapan. Maka carilah pelajarilah bahawa sesungguhnnya Tiada Ilah selain Allah sebagaimana perintahNya dalam surah Muhammad ayat 19 (Fa’lam Annahu Lailaha illAllah)….
Sumber: https://penapenulis77.wordpress.com
No comments:
Post a Comment