فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Thursday 15 March 2018

Tanpa Syahadah Tiada Iman

Bismillahirahmanirahim
Allahumma sholli ala sayyidina muhammad waala alihi wabarik wasallim
Fa'lam annahu لا اله الا الله (QS 47 :19)

Iman tidak dapat diwarisi..
dari seorang ayah yang bertaqwa...
Ia tak dapat dijual beli...
Ia tiada di tepian pantai...

Mungkin anda dah dapat tangkap petikan dari mana lirik tersebut. Lagu Raihan "Iman Mutiara" yang pernah hit satu ketika dahulu.

Sebelum kita kupas kaitan iman dan Syahadah. Mari kita Sama2 selami perbualan kedai kopi ini.


Man: Din mike tahu dok mana lubang bisnes bagus2. Teman ingat nak labur dalam 50k lepas dpt keluar duet berimni.

Din: Erm.. Ada satu teman dengo bisnes viral baru2ni. Laburje pastu goyang kaki.. org kata passive income la. Setiap bulan dpt 50% dari pelaburan.

Man: Eh bagustu. Tapi boleh percayake yob. Kan skrg mcm2 bisnes pakman telur lah. Skim cepat kaya lah.

Din: Bab tu teman xtahuler.. . Tapi kalau mike yakin konfiden try ajer der...

Man: Apa nama kampeni bisnes tu din??....

============

Cukup dulu perbualan sampai sini. Dari analisa cerita ini boleh menghasilkan dua tindakan dari Man.


  1. Ingin kenali syarikat tersebut , mengkaji lebih mendalam bisnes tersebut, cari sebanyak ilmu ttg bisnes itu. sebelum buat apa-apa pelaburan. 
  2. "i follow je" Tak mahu peduli semua itu, janji dapat pulangan besar, kan passive income, goyang kakije. 


Kalau mengikut akal waras dan wang sebanyak 50k yang ingin dilaburkan sudah tentu Man akan memilih tindakan nombor satu betul tak. Adakah sahabat semua setuju? Ker tak setuju?

Kerana sudah menjadi lumrah keyakinan atau kepercayaan hanya terhasil setelah kita mempunyai ilmu pengetahuan. Semakin mendalam ilmu pengetahuan tentang hal tersebut semakin meningkat keyakinan atau kepercayaan. Orang minat bisnes akan cari ilmu bisnes, semakin banyak dipelajari semakin mantap dlm bisnesnya... dan mcm2 lagi..

Bagaimanapun ada juga yang memilih tindakan kedua  dgn meletakkan keyakinan 100% pada syarikat tersebut tanpa kenal, mengkaji, cari ilmu. Mungkin dek terikut ikut trend yang sedang viral. Jadi dia ikut konsep "i follow je" mengikut tanpa berilmu.

Ini soal keyakinan atau kepercayaan kita sesama manusia. Bagaimana pula keyakinan (iman) kepada Allah? Adakah kita beriman dengan ilmu atau dengan konsep i follow je.



Index Peratus Keimanan


Di dalam perhubungan sesama manusia, dalam sedar atau tidak kita akan meletakkan index kepercayaan atau keyakinan sesama kita. samada 10%, 50% atau 99% atau tak boleh pakai langsung.. semakin kita mengenali dengan mendalam seseorang itu semakin meningkat atau menurun peratus keyakinan kita pada seseorang..

Namun, di dalam index keimanan, di dalam quran disebut ilmul yakin, ainul yakin, haqqul yakin.

Iman tidak boleh dihasilkan dengan konsep "i followje". Sepertimana lagu Raihan tadi. Iman itu juga tidak boleh diwarisi bahkan tak boleh jumpa ditepian pantai. Tetapi ia boleh dipelajari. Iaitu dari proses ilmul yakin >>  ainul yakin >> haqqul yakin.

Jadi tahukah anda apakah yang seawal-awal Allah turunkan untuk seseorang itu beriman dan diterima islamnya?

Daripada Abdullah bin Umar RadiAllahuanhu berkata, RasulAllah ﷺ bersabda:
Islam itu dibangunkan atas 5 perkara iaitu Syahadah bahawa tiada ILAH selain Allah dan Muhammad ﷺ adalah utusan Allah. Mendirikan Solat. Mengeluarkkan Zakat, Mengerjakan haji ke baitullah, dan menunaikan puasa di bulan Ramadhan"
(Riwayat Bukhari Muslim)

Kajian Status Keislaman


Cuba sahabat-sahabat budiman buat kajian pergi jumpa orang bukan islam yang minat nak tahu, nak belajar tentang islam. Kemudian kita ajarkan dia ilmu solat atau ilmu puasa atau ilmu zakat dgn cara yang terbaik dan betul. Jika mereka amalkan amalan sepertimana yang anda ajarkan secara istiqomah tanpa ada satu pun yang tertinggal selama setahun. Adakah dia sudah beriman?  Adakah dia sudah diterima sebagai islam?

Cuba kita sama-sama fikir mengapa keislaman dan keimanan mereka masih tidak diterima?  Dia sudah berilmu dan beramal buat yang terbaik. Jadi... ada apa yang sangkut disini untuk kita renungkan....

Dari Hadis di atas menunjukkan segala ilmu dan amalan empat rukun islam solat, puasa, zakat, haji tidak diterima pakai oleh Allah tanpa dia terima dahulu urutan yang pertama. Jadi apa yang berada dikedudukan pertama sahabat sekalian? Sudah tentu anda semua tahu... Syahadah bahawa tiada ILAH selain Allah dan Muhammad ﷺ adalah utusan Allah.



Kenal ILAH 

Nak kenal kena tahu...
Nak tahu kena berilmu..

Asyhadu An لا اله الا الله
Saya menyaksi Tiada ILAH selain ALLAH.

Kalau kita kembali pada kisah Man atas tadi. Dimana kah tahap keyakinan kita tentang ILAH. Adakah pilihan pertama yakin dgn berilmu tentang apa itu ILAH, kenal ILAH, mendalami ilmu tentang ILAH atau yang kedua tahler malaslah fikir2 "i follow je" senang. Disini membuktikan index keimanan seseorang itu tentang kalimah syahadah..

Kalau dia tidak ambil peduli tentang syahadah sebenarnya dia tiada iman. Sepertimana contoh kajian orang kafir di atas melakukan semua rukun lain tapi mahu peduli rukun pertama. Amalan mereka tidak diterima pakai tanpa Syahadah.

Syahadah tidak boleh dilafaz tanpa ilmu pengetahuan. Sepertimana kita tidak boleh lakukan solat walau satu rakaat tanpa ilmu pengetahuan. Ini sangat jelas...

JIka kita sekarang lahir didalam keluarga ibu bapa islam agak-agak pada bila masa kita belajar di sekolah, universiti, tentang rukun islam pertama syahadah ini dan sekarang sedang mengamalkannya? Cukup simpan jawaban kita tahu sendiri.



Cabangnya Iman

Selalu kita dengar ustaz-ustaz dikuliyah mana-mana sebut tentang iman itu mempunyai banyak cabang. Apakah cabang yang terbaik kalau sahabat budiman selalu dengar tentang hadis ini dibacakan?


Dari Abu Hurairah رضي الله عنه‎ meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan لا اله الا الله (Tiada ILAH kecuali Allah) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti di tengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman. (HR Muslim)

Panjang lagi topik ini kalau dikupas.. Cukup setakat ini coretan pada kali ini. Kesimpulannya jika kita masih dikurniakan akal waras carilah ilmu tentang Syahadah ILAH. Sangat menakjubkan index keyakinan terhadap kalimah syahadah akan meningkat.. Meningkat... jika kita dapat sentiasa bersyahadah ILAH. InsyaAllah..

Semoga kalimah nafe' ini memberi manfaat untuk hamba dan semua pembaca.. Amin..

No comments:

Post a Comment