فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Sunday 18 February 2018

22 Fadhilat Berselawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ

Bismillahirahmanirahim
Fa'lam annahu La ilaha illAllah (QS:47:19)
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Waala Alihi Wabarik Wasallim


Selawat jangan diremehkan dan diambil sambil lewa, juga jauhkan sesekali menghina orang yang membaca selawat di Majlis-majlis ilmu, maulid qasidah dan apa jua majlis. Ini juga telah dijelaskan dalam sebuah hadis tentang penyesalan di hari kiamat

Abu Hurairah RadhiAllahanhu meriwayatkan Rasulullah ﷺ bersabda,  “Sesiapa yang duduk dalam mana-mana majlis yang  tidak mengingati Allah Subhanawataala dan tidak berselawat ke atas Nabi ﷺ maka pada hari kiamat dia akan menyesal ke atas majlis tersebut kerana melihatkan pahala mengingati Allah dan beselawat ke atas Nabi ﷺ walaupun mereka dimasukkan ke dalam syurga kerana pahala amalan soleh mereka yang lain” Riwayat Ibnu Hibban

Menjadi kewajipan seorang mukmin menjadikan selawat sentiasa dilafas sebanyak mana yang kita mampu. Perkara ini juga diperintahkan kepada mukmin

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Innallaha wa malaikatahu yusholluna 'alan nabi. Ya ayyuhalladziina amanu shollu 'alaihi wa salamu taslima"

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi ﷺ. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan kepadanya" [Al-Ahzab 33:56]

Berikut dikumpulkan hanyalah secebis fadhilat yang dijelaskan oleh para Ulama. Namun sangat tidak beradab hanya menghadkan fadhilat selawat ini hanya 22. Ianya sudah tentu lebih jumlahnya. Semua senarai fadhilat ini hanya index.. Sewajibnya perlu mencari guru mursyid untuk membuka isi dari index-index ini. insyaAllah.

  1. Pembaca selawat Nabi ﷺ memperoleh limpahan rahmat dan kebaikan dari Allah SWT.
  2. Pembaca selawat Nabi ﷺ diangkat ( ditinggikan ) derajatnya dan dihapuskan dosa-dosa kejahatan dan kesalahannya.
  3. Pembaca selawat Nabi ﷺ memperoleh pengakuan kesempurnaan iman, jika membacanya 100 ( seratus ) kali.
  4.  Membaca selawat Nabi ﷺ dapat menjauhkan kerugian, penyesalan, dan dimasukan ke dalam golongan orang-orang yang shaleh.
  5. Membaca selawat Nabi ﷺ berarti mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.( Taqarrub ilallah).
  6. Membaca selawat Nabi ﷺ akan memperoleh pahala seperti pahala memerdekakan budak ( hamba sahaya ).
  7. Dengan banyak-banyak membaca selawat dapat memperoleh Syafa’at di hari kiamat.
  8. Banyak membaca selawat Nabi ﷺ akan memperoleh penyertaan dari Malaikat Rahman.
  9. Banyak membaca shalat Nabi ﷺ berarti menjalin komunikasi yang akrab dengan Nabi, sebab jika seseorang berselawat dan mengucapkan salam kepada Nabi, maka selawat dan salamnya itu akan disampaikan oleh Malaikat kepada Nabi.
  10. Dengan banyak membaca selawat Nabi bisa membuka kesempatan untuk bertemu dengan Nabi ﷺ, berdasar keterangan para Ulama.
  11. Membaca selawat Nabi ﷺ dapat menghilangkan kesusahan, kegundahan dan kebingungan, serta melapangkan rizqi.
  12. Pembaca selawat Nabi ﷺ akan dilapangkan dada ketika menghadapi berbagai masalah. Hal ini jika seseorang membaca selawat 100 ( seratus ) kali secara mudawamah.
  13. Dengan banyak membaca selawat Nabi akan dapat menghapuskan dosa. Hal ini jika seseorang membiasakannya membaca tiga kali setiap hari pada setiap ba’da shalat wajib, karena dengan membaca selawat akan mendapatkan 10 pahala kebaikan, dan inilah yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.
  14. Membaca selawat Nabi ﷺ dapat menggantikan shadaqah bagi orang yang tidak sanggup bershadaqah.
  15. Membaca selawat Nabi ﷺ sebanyak-banyaknya dapat melipatgandakan pahala yang diperoleh. UmatIslam biasanya  memperbanyak membaca selawat di hari Jum’at. Di kampung-kampung mereka mengadakan pembacaan maulid Barzanji sebagai trik mudah agar bisa berselawat sebanyak-banyaknya di malam Jum’at.
  16. Dengan banyak membaca Selawat Nabi ﷺ dapat mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah di hari qiamat.
  17. selawat Nabi ﷺ menjadikan sebab do’a diterima oleh Allah.
  18. banyak-banyak membaca selawat Nabi ketika di dunia dapat membebaskan diri dari kebingungan di hari kiamat. Sebaliknya apabila seseorang susah membaca selawat kepada Nabi ﷺ, maka ia akan menghadapi kebingungan dan ketakutan dalam mahkamah di padang Mahsyar.
  19. Membaca selawat Nabi berarti memenuhi satu hak Nabi ﷺ, atau menunaikan satu tugas ibadah yang diperintahkan atas ummatnya. Apabila seseorang tidak mau berselawat, ia berarti enggan memenuhi hak Nabi ﷺ yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanawataala.
  20. Banyak membaca selawat Nabi adalah petanda seseorang mencintai Nabi Muhammad ﷺ.
  21. Membaca selawat Nabi ﷺ boleh menjadi sebab dikabulkan segala keperluan.
  22. Membaca selawat Nabi ﷺ boleh membuka jalan kepada penyaksian syahadah Muhammad RasulAllah ﷺ

Diingatkan perlu kita mencari guru menjelaskan tentang fadhilat diatas. Orang paling layak untuk menjelaskannya adalah ahlul baitin nabi ﷺ yang mana sudah tentu mengalir didalam darah daging mereka kecintaan kepada Nabi ﷺ. Amin..

No comments:

Post a Comment