فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Sunday 18 February 2018

Maulid Qasidah Tidak Pernah Dilarang Nabi Muhammad ﷺ. Mengapa Wahabi Sebaliknya?

Bismillahirahmanirahim
Fa'lam annahu La ilaha illAllah (QS:47:19)
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Waala Alihi Wabarik Wasallim


Sejarah penghijrahan nabi mulia Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat dari kota mekah ke madinah mana mungkin umat islam  tak tahu. Disambut dengan meriahnya oleh kaum ansor di Madinah. Diriwayatkan mereka menunggu Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dan para sahabat lebih kurang tiga hati di panas terik.

Dari kejauhan sudah mula kedengaran paluan kompang, gendang menyambut dengan tholaal badru alaina. Nabi mulia Shallallahu alaihi wassalam sangat gembira pada ketika itu..

Mari kita saksikan sedutan rakaman semula yang cuba digambarkan detik penghijrahan nabi mulia Shallallahu alaihi wassalam sedutan dari Filem "The Messengger - The Story Of Islam"



Ya.. itulah sejarah 1400 tahun dahulu yang telah dirakamkan dalam kisah sejarah perjuangan nabi mulia Shallallahu alaihi wassalam. Anehnya.. Mengapa dizaman sekarang maulid Qasidah dianggap satu kesalahan. 

Awas! Wahabi Penentang Tegar


Antara yang menentang tegar adalah fahaman wahabi. Mereka menganggap memuji memuliakan, mencintai nabi adalah satu kesalahan berlebihan  dan ia membawa kesyirikan. Sebenarnya sedar atau tidak puak wahabi ini sedang menjauhkan umat islam dari sayang nabi, cinta nabi, mahabbah kepada nabi dan juga seluruh ahli keluarga Shallallahu alaihi wassalam

Cinta Nabi Tanda Iman


Jika kita mencintai seseorang kita perlu meluahkan dan tidak boleh dipendam. Itu adalah lumrah. walau hati anda sekeras batu granite juga perlu meluahkan jika anda mencintai seseorang. Mencintai nabi Sallallahu Alaihi Wasallam adalah tanda kedudukan iman seseorang kepada nabi mulia. Ia juga perintah termaktub dlm hadis bukhari

Tidaklah beriman seorang dari kalian hingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan dari manusia seluruhnya".
(Hadist Riwayat : Bukhari)

Dari hadis ini menunjukkan tahap kecintaan yang Allah mahukan terhadap nabi mulia Shallallahu alaihi wassalam sangat tinggi dari kedudukan ala kadar dalam bahasa modern so-so sahaja. 

Kita Lebih Alim Dari Nabi? Astaghfirullahal azim 

Di dalam alam ini orang yang paling tertinggi iman adalah nabi mulia Shallallahu alaihi wassalam. kita ni siapa yang sangat nipis iman mahu menolak sesuatu yang nabi mulia Shallallahu alaihi tidak melarang. Kata awliya Allah jika kita mengatakan kita lebih hebat lebih alim dari nabi mulia Shallallahu alaihi jatuh kafir. 

Idola sepanjang zaman


Ia juga ada dijelaskan tentang kedudukan nabi mulia Shallallahu alaihi wassalam sebagai insan yang diperlu dicontohi dalam surah Ali-Imran 3:31

Katakanlah, jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu.'

Ini adalah panduan kita sebagai umat islam menjadikan nabi mulia Shallallahu alaihi sebagai idola ikon sepanjang hidup.

Ayat diatas perlu pencerahan lebih mendalam dari seorang guru murshid yang mendalam ilmunya tentang syahadah  nabi mulia Shallallahu alaihi wassalam. Kerana baginda tidak berada secara jasadiah dizaman sekarang. Bagaimana kita harus ikuti. Lautan ilmunya. 

Ia duduk dibawah lautan Ilmu rukun islam pertama Asyhadu an la ilaha IllAllah waasyhadu anna muhammadur Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. 


No comments:

Post a Comment