فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Tuesday 20 February 2018

Ahlul Sunnah Wal Jamaah Wajib Ubah Persepsi Buruk Tentang Ahlul Bayt

Bismillahirahmanirahim
Fa'lam annahu La ilaha illAllah (QS:47:19)
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Waala Alihi Wabarik Wasallim


Sekarang ini nak sebut  perkataan Ahlul bayt sangat berat nak gerakkan bibir.. Lagi takut nak dilafazkan dikhayalak awam. Ini berikutan Ahlul bayt sering kali dikaitkan dengan ajaran menyimpang seperti Syiah.. jadi kita umat hari ini sangat gerun menyebut Ahlul bayt takut-takut dicop mohor sebagai Syiah juga.

Syiah yang jelasnya menolak sahabat saidina Abu Bakar RadiAllahuanhu, Umar RadiAllahuanhu, Uthman RadiAllahuanhu, dan hanya menerima saidina Ali RadiAllahuanhu dan keturunannya dari belah hussain sahaja. Ia sangat bertentangan dengan kita Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Dimana kita tidak menolak mana-mana sahabat pun bahkan mencintai dan menghormati semua para sahabat.

Sewajibnya kita Ahlul Sunnah Wal Jamaah mencintai Ahlul Bayt bukan kerana kita Syiah tetapi itu adalah perintah dari banyak hadis yang sahih. Ia juga sudah termaktub dalam bacaan tasyahud akhir setiap kali solat.. Ini menjelaskan kedudukan Ahlu Bayt sentiasa diberi penghormatan. 

Allahumma Solli Ala sayyidina Muhammad waala ali Muhammad.  


Syair Imam Asy-Syafi’i Rahimatullah

Wahai Ahlul Bayt Rasulullah, mencintai kalian…
Kewajiban dari Allah dalam Al-Qur`an yang Ia turunkan
Siapa yang tidak membaca doa shalawat untuk kalian, tidak ada shalat baginya 
Itu sudah cukup menunjukkan agungnya kemuliaan kalian

Pelan Terancang Dajjal

Kalau ditelusuri Sejarahnya Syiah... Ia merupakan satu rancangan teratur dajjal yg disusun sejak zaman berzaman untuk memecahbelahkan umat islam dengan strategi menjauhkan umat kepada Ahlul bayt. Mereka tahu jika umat islam berpegang pada Ahlul Bayt segala perancangan mereka menghancurkan iman umat islam akan gagal. 

Ahlul Bayt Diutus Ke Seluruh Pelusuk


Siri pembunuhan Ahlul Bayt bukan baru-baru ini... ia berlaku sejak dahulu lagi.. sebab itu ramai Ahlul Bayt diperintah melarikan diri ke serata pelusuk dunia, ada ke Yaman, ke Asia, Eropah, bahkan ada juga ke Nusantara seperti Malaysia seperti Sultanul Ariffin Sayyid Ismail (qaddasallahu sirrahu) Pulau Besar, Wali Songo Indonesia. Tetapi dari sudut lain ada hikmahnya juga.. dimana sebenarnya Allah sedang mengutus Ahlul Bayt sebagai panduan, pegangan dan penyelamat untuk umat generasi seterusnya. 

Terdapat banyak  kesannya jika umat islam hari ini  menjauhkan diri dari Ahlu Bayt. Mari kita renungkan bersama antara kesannya.

Tiada Syahadah La ilaha illAllah Tanpa Syahadah Muhammad RasulAllah ﷺ 


Ahlul bayt di setiap zaman ada tugas masing-masing... Ada yang membawa cinta kepada nabi dengan cara cinta maulid qasidah seperti habib.. kalau dulu zaman wali songo ada sampaikan dengan pelbagai kaedah, muzik, seni pertahanan diri.. semua tugas itu sangat mulia... dan Ahlul Bayt yang tertinggi adalah membawa umat kepada ilmu dan amalan syahadah La ilaha illAllah Muhammad RasulAllah. Ini sangat jelas apa yang mereka serukan kepada umat sama seperti nabi mulia ﷺ dan seluruh nabi-nabi terdahulu. Tanpa utusan membawa syahadah Muhammad RasullAllah tidak akan wujud pengenalan ilmu tentang syahadah La ilaha illAllah. Firman Allah dalam Surah Anbiya

Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Ilah melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku". (Surah Anbiya 21:25)

Sesat Terpecah belah


Umat hari ini kalau diperhatikan tidak boleh dinafikan  sudah terpecah belah. Yang jelasnya bukan sahaja berlaku kepada rakyat marhaen tetapi mereka berstatus ustaz-ustaz ulama dalam jabatan agama juga berpecah belah. Mereka hari ini sibuk mengsesatkan orang dan mengutuk sesama mereka dan memecahkan belahkan umat. Boleh jumpa bnyk di youtube kalau anda masih ragu tentang kenyataan ini.  Ada juga mereka dari lulusan negara-negara arab sudah terasimilisasi dgn doktrin  wahabi.. Ahlul Bayt tiada dalam kamus mereka. Ini juga salah satu pelan terancang dajjal menyusup masuk ustaz ulama. Kalau kita mengkaji Ahlul Bayt mereka tidak akan membawa perpecahan. Mereka tidak suka kutuk mengutuk individu dgn nafs mereka. Mereka terus ingin menyatukan umat sepertimana yang Nabi Mulia perjuangkan.

Ibnu Abbas berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda ”Bintang-bintang adalah petunjuk keselamatan penghuni bumi dari bahaya tenggelam di tengah lautan. Adapun Ahlul BaitKu adalah petunjuk keselamatan bagi umatKu dari perpecahan. Maka apabila ada kabilah arab yang berlawanan jalan dengan Mereka niscaya akan berpecah belah dan menjadi pengikut iblis”.

Terputus Cinta  


Tanpa Ahlul Bayt cinta kita umat islam kepada nabi mulia Shallallahu alaihi wassalam akan terputus di tengah jalan. Bagaimana kita yg berada di tahun 1438H boleh bersambung talian dengan nabi mulia Shallallahu alaihi wassalam yang jauh 1400 tahun dulu. Inilah peranan Ahlul Bayt diutus di setiap zaman. Mereka pemandu kepada cinta Nabi ﷺ 

Diriwayatkan oleh At Turmudzi dan ia menggolongkan hadits ini ha-san dan At Thobrani dan Al Hakim dari Ibnu 'Abbas radiAllahuanhu, Ia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
“Cintailah Allah سبحانه و تعالى kerana nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan-Nya dan cintailah aku karena kecintaan (kamu) kepada Allah سبحانه و تعالى serta cintailah Ahlul Baytku kerana kecintaan (kamu) kepadaku”.

Banyak lagi hadis tentang kepentingan Ahlul bayt yang ramai tidak ambil peduli.  kita akan kupas pada entri akan datang. Kesimpulannya kita Ahlul Sunnah Wal Jamaah wajib mencintai menyayangi Ahlul Bayt dan ingat mencintai Ahlul Bayt bukanlah petanda seseorang itu syiah. Itulah Watawasaubilhaqq Watawsaubilsabrr. 


No comments:

Post a Comment