فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Thursday 22 February 2018

Tuntutlah Ilmu Syahadah dari Ahlul Bayt

Bismillahirahmanirahim
Fa'lam annahu La ilaha illAllah (QS:47:19)
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Waala Alihi Wabarik Wasallim

Syahadah merupakan rukun pertama dalam 5 rukun islam. Walaupun ia duduk pada kedudukan pertama tetapi rukun inilah yang dipandang sepi untuk dibahaskan. Sedangkan dengan Syahadah lah wujudnya islam.

Kita melayu nusantara sekarang berada sudah jauh dari zaman permulaan datangnya islam selepas kejatuhan empayar terbesar majapahit sekitar abad ke-15. Pada zaman itu islam datang dgn syahadah.

Mari kita cuba terbang ke zaman itu sejenak. Jika ada seorang datang cakap terima lah islam dgn ucap ashadu ana la ilaha IllAllah wasyhsdu anna muhammadur rasulullah. Apakah kita terus meluru menyebutnya? atau kita ingin tahu lebih mendalam apakah syahadah itu?

Disini menunjukkan islam itu sebenarnya tidak datang hanya dgn sebutan syahadah tetapi disertakan dengan ilmunya. Kita juga sedang berada dizaman syahadah sekadar sebutan. Sebab rata-rata dari kita dilahirkan dalam keadaan ibu bapa sudah menerima islam. Syahadah tidak menjadi prioriti lagi... Ia sangat berbeza bagi mereka yang baru nak masuk islam.

Sejarah Wali Songo  atau dikenali Wali 9 merupakan antara jalur Ahlul Bayt RasulAllah ﷺ yang diarahkan ke kawasan nusantara untuk menyampaikan syahadah. Mengapa saya mengatakan sampaikan syahadah bukan islam? Bila kita perhatikan format dakwah dari zaman nabi mulia Shallallahu alaihi wassalam dan juga nabi2 sebelumnya tetap sama. Ini adalah sunnah utama para rasul dan para utusan.. Islam itu di anggap sah diterima selepas adanya Syahadah.

"Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Ilah melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku".
Surah anibiya 21:25

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat

Hadis ini juga menjelaskan kedudukan dakwah paling utama Kalimah Syahadah adalah Kalimah Tauhid dari segala jenis dakwah dimuka bumi ini

Rasul memerintahkan para utusan dakwahnya agar menyampaikan tauhid terlebih dulu sebelum yang lainnya. Nabi Shallallahu alaihi wassalam bersabda kepada Mu’adz bin Jabal  radhiyallahu ta’ala ‘anhu, “Jadikanlah perkara yang pertama kali kamu dakwahkan ialah agar mereka mentauhidkan Allah.”(Riwayat Bukhori dan Muslim).

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat

Dengan ayat ini mengukuhkan kedudukan semua utusan Allah tidak kira apa zaman waemah zaman sekarang pun tetap prioritinya akan sampaikan Syahadah La ilaha illAllah. Namun ia tidak boleh dilaksanakan dan diamalkan tanpa ilmu. Disini wajibnya kita patuh pada perintah mempelajari ilmu syahadah La ilaha illAllah dari Al-Quran ini

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ 
Maka ketahuilah (tuntutlah, pelajarilah), bahwa sesungguhnya tidak ada ILAH selain Allah 
(Surah Muhammad  47:19)

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat

Ilmu Syahadah Ilmu Warisan Ahlul Bayt

Mungkin kita pelik.. mengapa begitu? Jika kita perhalusi sejarah utusan yang menyampaikan syahadah ini bukan dari orang kebanyakan. Mereka ada talian susur galur hingga ke Nabi Mulia ﷺ. Di sebabkan itu sangat sukar kita ingin lihat ulama atau ustaz-ustaz biasa akan membincangkan syahadah secara mendalam. Kebanyakan mereka akan kupas sekadar batuk ditangga, walhal sepertimana saya perkataan pada awal tadi Islam itu bermula dengan Syahadah.

Ada beberapa sebab mengapa kita perlu mempelajari Ilmu Syahadah dari Ahlul Bayt. Ia terdapat dalam satu hadis ini..

Hadis Al Hakim berasal dari Zaid bin Arqam radiAllahuanhu,
".. Mereka (ahlul bayt) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah سبحانه و تعالى tidak akan menurunkan syafaatku (pertolonganku)" ( Hadis Al Hakim).

1. Talian Darah Daging Nabi ﷺ

Apa kaitan dengan darah daging? Pernah tak dengar orang-orang tua dulu cakap begini...

"MasyaAllah.. Perangai sipolan ni tak tumpah macam datuk dia.."

Erk..  Sipolan yang mendengar terpinga-pinga. Sedangkan dia tak pernah jumpa datuknya sejak dari lahir. Disini menunjukkan genetik atau talian darah daging juga mempunyai  pengaruh terhadap sikap, akhlak, perilaku, juga boleh jadi pengetahuan seseorang. Sebab tu kita lihat Ahlul Bayt sikapnya, tingkah lakunya, adabnya sangat tinggi dan mulia.

2. Dikurniakan Pengertian & Pengetahuan Nabi ﷺ

Ahlul Bayt sangat istimewa dari orang kebanyakan kerana dikurniakan pengertian & pengetahuan sepertimana yang ada pada RasulAllah ﷺ. Ini menunjukkan Ahlul bayt telah mewarisi segala pengertian dan pengetahuan berkaitan Ilmu Syahadatain La ilaha illAllah Muhammad RasulAllah ﷺ. Gabungan hadis di atas dan hadis berikut memberi panduan untuk umat supaya berpegang pada talian Ahlul Bayt yang mempunyai ilmu syahadah tidak akan tersesat.

“Aku meninggalkan kalian yang apabila kalian pegang teguh tidak akan tersesat. Kitab Allah, dan keturunanku.”(H.R. Tirmidzi)

3. Celaka Mendustakan Keutamaan Ahlul Bayt

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat

Ini merupakan satu kenyataan yang berat jika kita ambil mudah. Apabila Nabi ﷺ menyatakan sesuatu dengan tegas menunjukkan sangat tinggi keutamaannya. Kecelakaan ini akan terjadi jika umat tidak mengutamakan pegangan pada Ahlul Bayt atau memutuskan talian dengan mereka.

“Perumpamaan Ahlul bayt-ku, seperti perahu Nabi Nuh. Barang siapa yang berada di atasnya ia akan selamat, dan yang meninggalkannya akan tenggelam.” (H.R. Thabrani)

4.Tiada Syafaat (pertolongan)     


Tiada syafaat (pertolongan) adalah kesan memutuskan talian kepada Ahlul Bayt. Sebaliknya hadis berikut merupakan prioriti utama orang yang akan mendapat syafaat di hari kiamat adalah orang yang mencintai Ahlul Bayt.

 “Umatku yang pertama kali aku beri pertolongan (Syafa’at) kelak di hari Kiamat, adalah yang mencintai Ahli baytku.”(H.R. al-Dailami)

Dimana Nak Cari Ahlul Bayt Sampaikan Ilmu Syahadah Sekarang?


Nak mencari Ahlul Bayt yang menyampaikan ilmu syahadah bukanlah sesuatu yang mudah walaupun dengan kecanggihan teknologi masa kini. Lantas ramai orang awam tertipu dengan pelan dajjal yang menyelinap disebalik agamawan di jabatan agama memesongkan umat dari Ahlul Bayt yang membawa syahadah. Ahlul Bayt terus difitnah dari zaman berzaman dan dituduh sesat pula. Agamawan yang tiada talian pada Ahlul Bayt tidak akan menceritakan kepentingan, keutamaan Ahlul Bayt. Ini akan menjejaskan periuk nasi kedudukan mereka pada masyarakat apabila semua orang awam berpaling dari mereka dan berpegang pada Ahlul Bayt.

Ada satu cara yang mudah untuk mengetahui dimana kita boleh ketemukan ahlul Bayt yang menyampaikan ilmu Syahadah. Ini adalah anjuran oleh nabi mulia ﷺ jika kita mengalami jalan buntu. cara ini lebih berkesan dengan memohon kepada Yang Maha Mengetahui. Lakukan solat Istikharah dua rakaat  mohon mencari Ahlul Bayt yang menyampaikan Syahadah dizaman ini. 7  Jenis  Alamat  dari Mimpi, Ilham, Al Quraan, Nasihat, Isyarat, Petunjuk melalui sahabat yg Soleh, Lintasan Fikiran.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.. itulah Watawasaubilhaqq Watawasaubilsabrr.. Amin..

No comments:

Post a Comment