فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Monday 11 December 2017

Respon Peserta WSC Membuka Minda Masyarakat Apakah Sebenarnya Perjuangan Syahadah yg dibawa Sheikh Dr Ismail Kassim


Bismillahirahmanirahim, Fa'lam annahu La ilaha illAllah.

Kalau korang semua dengar tentang perkataan syahadah apa yg sedang berlegar-legar di dalam kepala korang? Biasanya kita akan automatik teringat tentang mengucapla. Ucapan biasa diucap jika orang nak masuk islam. itulah juga yg ada dalam benak fikiran saya selama ini

Tetapi baru-baru ini kecoh viral dgn program syahadah dikaitkan dengan Sheikh Dr. Ismail kassim adalah sesat. Jadi saya rasa terpanggil nak share. Untuk makluman entri ini tidak dibayarye. Saya cuma rasa sedih Sheikh Dr. Ismail dituduh sesat macam teraniya di negara sendiri.

Hijrah Sebenar Seorang Mukmin

Ini pengalaman saya, dimana saya pernah hadiri program Sheikh Dr. Ismail Kassim. Pertama di Masjid Ar-Rahah Damansara. Kebetulan saya singgah solat waktu magrib, pertama kali saya mendengar kuliah Sheikh Dr. Ismail Kassim.

Saya rasa satu tembakan apabila beliau tanyakan apakah status iman kita sekarang? Topik pada waktu itu kalau tak silap bagaimana hijrah sebenar seorang mukmin. Beliau juga tegaskan Syahadah "ashadu" itu sebenarnya bukan ucapan tetapi penyaksian. Habis majlis itu sambil nunggang motor, persoalan yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran adakah saya sudah dianggap beriman jika tiada penyaksian syahadah?

International Syahadah Conference


Masa pun berlalu dgn pantasnya, kemudian program kedua ni saya hadir setelah terjumpanya iklan video promo WSC ni di facebook. Setelah tgk promo tu sy bukakla fb https://www.facebook.com/Worldsyahadahcouncil tu. Setelah berkira-kira saya pon nekad daftar sebab tengok dalam promo tu macam menarik... ramai daripada ulama luar negara juga hadir nak bincang tentang syahadah.

Pada ketika itu sebenarnya dah mula kecoh tentang Sheikh Dr. Ismail Kassim sesat ni. Saya terfikir kalau sesat takkan semua ulama besar luar negara ni nak cari nahaske hadir tempat terbuka cerita sesat. Saya ingat lagi daftar hujung bulan 6 lepas, maklumlah tunggu gaji. Akhirnya penantian hari ditunggu-tunggu berakhir.

Mulanya program patutnya di PWTC kalau ikut poster, sekali tukar di menara PGRM, Cheras. takpelah... takdelah jauh sangat dari rumah saya.

Kepentingan Syahadah Tak Pernah Di Buka Pada Umum

Banyak yang menarik sepanjang dua hari tu. Nak tulis panjang sangat. Saya merasakan satu pengisian rohani yang berbeza dari tausiyah-tausiyah biasa. Sebab topik kepentingan syahadah ini memang jarang dibuka kepada umum. Tak tahulah kalau korang biasa dengar. Biasanya topik kita dengar tentang hukum-hukum feqah, solat. Tapi program ini sangat berbeza 2 hari hanya tentang syahadah rukun islam pertama.

sumber: fb World Syahadah Council

Itu yang cuba saya fikirkan mereka yg diluar sana tak pernah hadir program, dengar orang viralkan dengan mudahje boleh cakap syahadah ini sesat. Sepanjang dua hari itu saya amati takda pulak nampak sesat. Jangan buat camtu ye. Kesian orang teraniaya.

Ulama Antarabangsa Turut Serta

Dua hari program yg sangat padat dengan pengisian dari ulama-ulama dari banyak negara. Antara yg saya ingat Indonesia, China, Pakistan, India, United Kingdom,United states dan banyak lagi lebih kurang 13 buah negara kalau tak silap. Yang jadi meriahnya ada slot forum di mana ramai antara panel ulama di pentas berkongsikan tentang apa itu syahadah dari perspektif masing-masing dan cara mempraktisnya. Pada  hemat saya perkara ini jarang berlaku di bumi Malaysia perbincangan pelbagai negara begini. Apa berlaku sekarang kita lebih borak politik diforum-forum belum pernah bincang tentang asas islam utama ini.

Lima Tolak Satu

sumber: fb World Syahadah Council

Seorang ulama Sheikh Ahmad Dabbagh  terkenal dari United Kingdom menyatakan kebanyakan ulama hari ini hanya fokus kepada 4 rukun islam yang lain seperti solat, puasa, zakat dan haji manakala rukun islam pertama dipinggirkan dari di fokuskan. Ini benar berlaku pada pandangan saya. Adakah korang semua sedang bersetuju?

sumber: fb World Syahadah Council

Beliau juga menegaskan kita umat islam jika buat segala amal tanpa syahadah seperti melakukan aktiviti yang kosong tanpa isinya.

Sejarah Penyebaran Syahadah Tidak Boleh Dipadam

sumber: fb World Syahadah Council

Sheikh Faisal seorang Presiden Ahli Sunnah Wal-Jamaah Kanada pula menyatakan Syahadah adalah perkara pertama yang nabi Muhammad Sallahualaihiwasalam perjuangkan selama 13 tahun pada zaman di Mekah kemudian disambung tahun berikut-berikutnya di Madinah Al-Munawarrah. Rasa-rasa adakah sejarah ini sudah terpadam? Yang menjadi persoalannya.  ilmu Syahadah ini ke sebenarnya yang sedang diangkat? Jadi teringat tentang hadis ilmu diangkat di akhir zaman

Aku pernah duduk bersama ‘Abdullah dan Abu Musa, mereka berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya sebelum hari kiamat ada beberapa hari yang didalamnya ilmu diangkat (dihilangkan), kebodohan merajalela, dan banyaknya pembunuhan (Shahih Muslim 2672-10)

"Syahadah first or Ibadah First"

sumber: fb World Syahadah Council

Sheikh Dr. Aziz Abdin dari Open University Amerika menanyakan pada audien mana kah dahulu didalam islam. Rata-rata sebulat suara mengatakan Syahadah dahulu baru ibadah. Jadi kene belajar ilmu syahadah dahulu atau ilmu ibadah dahulu. kita Sama-sama lah fikirkan sekarang kita ni banyak mencari pada ilmu mana? kita saja yang tahu.

Maulid Qasidah Menggamit Qalbu




Menariknya lagi setiap ucapan dari ulama-ulama ni diselangseli kan dengan pesembahan maulid qasidah dari pelbagai negara. Antara lagu yang masih terngiang-ngiang di halwa telinga seorang ulama dari Mesir Sheikh Bilal mempersembahkan qasidah La ilaha illAllah versi negara Mesir kot. sangat menusuk dan menghiburkan.

Pelajari Kenal Ilah, Menyaksi Ilah


sumber: fb World Syahadah Council

Kemudian giliran ulama satu-satunya dari negara kita Sheikh Dr. Ismail Kassim. Membuka dengan Qasidah salamun salam kamiskil khitam sudah mula menggetarkan qalbu. Tak tahu mana datang puncanya. Saya rasa macam sesuatu sentuhan dalaman yang tidak dapat digambarkan dan ditulis disini. Apa pun beberapa point yg saya dapat ingat tentang ucapan beliau adalah tentang pentingya mempelajari tentang ilah. Sentiasa menyaksi Ilah.  



Ilah Bukan Tuhan

Disini adalah satu kejutan bagi kita yang tak pernah dengar tentang apa itu ilah. Sheikh Dr. Ismail membawa satu pengenalan sangat berbeza dizaman ini. Kalau ulama biasa mereka akan menjawab Ilah itu Tuhan. Saya dulu juga begitu seperti korang semua. Setelah saya buat kajian, Saya setuju dengan perkataan tuhan sebenarnya tidak boleh disamakan dengan Ilah sepertimana yang cuba disampaikan oleh Sheikh Dr. Ismail Kassim. Kerana tuhan juga digunakan oleh sesembahan orang kafir digunakan pada yang banyak seperti patung, lembu, kambing, gajah apa saja yg disembah sedangkan Ilah itu tidak boleh disama ertikan, dimaksudkan, digantikan dengan makhluk. Ilah itu ilahun wahid.

Asal Usul Tuhan

Ada juga dengar-dengar cerita sejarah asal-usul perkataan tuhan ke nusantara merupakan dari dakwah mubaligh kristian yg mulanya datang ke indonesia. Dari asalnya perkataan tuan kepada tuhan. Kemudian perkataan tu di asimilisasi ke quran indonesia kemudian ke Quran bahasa Malaysia. Jadi kita tidak boleh buta tuli menindakkan sesuatu yang haqq dan juga dianggap sesuatu yang baik memuliakan nama Ilah dibawa Sheikh Dr. Ismail Kassim sebagai sesuatu ajaran yang sesat. Perkataan Ilah ni ada kaitan dengan akidah, iman dan tauhid. Tidak boleh diguna pakai sesuka hati.

Tapak Rapuh

Sheikh Dr. Ismail Kassim dalam ucapannya membuat saya terkesima dan saya juga ingin mengajak sahabat-sahabat jika terbaca kisah ini berfikir apakah step-step sebelum kita bina bangunan?

sumber: https://buildingfailures.files.wordpress.com

Ada satu kisah di negara kita gempar satu ketika dahulu sekitar 90an kes runtuhnya highland tower. Siapa tak tahu tanya pakcik google. Salah satu puncanya adalah tanah runtuh dari atas bukit di kawasan itu. Dalam dokumentari dari History Channel tu pakar-pakar juga menyatakan tapak Highland Tower tu sebenarnya tidak kuat dan kukuh untuk menampung berat bangunan di atasnya.

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامُ الصَّلاَةِ وَإِيْتَاءُ الزَّكَاةِ وَحَجُّ الْبَيْتِ وَصَوْمُ رَمَضَانَ. [رواه الترمذي ومسلم ]
 Terjemah hadits:
Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Alh Khottob radiallahuanhuma dia berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Islam dibangun di atas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada ilah selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan.    (Riwayat Turmuzi dan Muslim).


Jadi Islam dibina atas lima asas Syahadah, Solat, Puasa, Zakat, Haji. Dari kelima ni kebanyakan kita selalu mengukuhkan dari rukun kedua sampai kelima. Untuk memperkukuhkan dan memantapkan, macam-macamlah ilmu kita belajar tuk semakin rajin solat, rajin puasa dan seterusnya. Nah.... Rukun Pertama keciciran yob... Adakah tapak kita semakin diperkuat atau semakin rapuh?

Kalimah Tertinggi Islam

sumber: fb World Syahadah Council

Dr. Muhammad Yunus dari Tareekat Tijaniah, Jakarta menyatakan syahadah adalah kalimah teringgi didalam islam yang menentukan status keislaman seseorang. beliau juga menyatakan semua orang memperjuangkan kalimah La ilaha illAllah ini akan difitnah. Perkara ini kita boleh lihat pada semua kisah nabi-nabi terdahulu.

International Syahadah Conference Program Terbaik Abad Ini.

Pada hemat saya, program anjuran World Syahdah Council ini adalah satu program yang sangat bagus untuk abad akhir zaman ni seperti mana taglinenya "The Event of the Century". Ia dapat memantapkan dan memperkukuhkan rukun islam pertama kita yang semakin hari semakin tidak bermakna sekadar ucapan waktu solat dan waktu zikir lima waktu. Apa yang disampaikan oleh Sheikh Dr. Ismail Kassim juga tidak boleh dianggap sesat sedangkan syahadahlah permulaan islam dan bukanlah satu benda baru. 

Bagi orang yang menuduh sesat dan tidak pernah hadir di dalam apa-apa progam Sheikh Dr. Ismail Kassim. Hentikanlah tak baik buat begitu.. Orang ajak kepada kebaikan bukan keburukan. Apa pula kalau terjadi pada kita.

Mudah-mudahan ini membantu siapa yang mencari kebenaran tentang Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesatke?. Wallahualam


No comments:

Post a Comment