Respon yang berdurasi 3:59 itu telah dimuat naik di laman youtube official Perahmat untuk menjelaskan isu fitnah dari pihaknya. Fitnah yang berlaku menurut beliau adalah disebabkan beberapa faktor
- Tidak Faham
Mereka yang membuat membuat tuduhan tersebut dianggap tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Sheikh Dr. Ismail Kassim (SDRIK) di dalam majlis - Tidak Berbincang
Tiada perbincangan dibuat untuk mendapat penjelasan dari pihak yang difitnah. langsung terus dengan tuduhan - Kekeliruan Bahasa
Penggunaan bahasa yang tidak sama diantara kedua negara juga mungkin punca kekeliruan ketidak fahaman apa yang cuba hendak di sampaikan.
"Kami kesal kerana Sheikh Dr. Ismail Kassim dan Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin hanya membawa ilmu Syahadah Laa ilaha illAllah Muhammadur RasulAllah ke merata dunia" Kata Puan Khadijah Mat Jadi
"Kalau kita menghadiri kuliah SDRIK hanya mencari kesalahan sampai bila pun kita tidak akan jumpa kebenaran". Menurut beliau sesorang itu perlu la hadir dengan niat kerana Allah Taala InsyaAllah Allah akan tunjukkan keberanan.
Presiden Rahmanita itu juga menasihati sesiapa sahaja yang ingin membuat tuduhan fitnah supaya mengkaji dahulu dan berbincang sebelum membuat sebarang tuduhan terhadap Sheikh Dr. Ismail Kassim dan Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin dengan melabel sebagai sesat atau pengikut Syiah.
Seharusnya kita semua harus takut kemurkaan Allah terhadap pemfitnah kerana apa yang SDRIK dan Pertubuhan mereka sampaikan adalah sama sepertimana yang dilakukan oleh Zaman Rasulullallah Sallahu alaihi Wassalam dan para sahabatnya hingga ke hari ini iaitu Asyhadu An Laa ilaha illAllah Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah"
Sumber Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=tTyGQPGXqNI
No comments:
Post a Comment