فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Tuesday, 27 February 2018

International Syahadah Conference terus Membuktikan Perjuangan Sheikh Dr. Ismail Kassim adalah Benar

Bismillahirahmanirahim
Fa'lam annahu La ilaha illAllah (QS:47:19)
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Waala Alihi Wabarik Wasallim

Perjuangan menegakkan kalimatul hiyal ulya bukanlah suatu yang mudah. Sejarah pejuang yang lalu telah terlakar menyampaikan ilmu dan amalan kalimah syahadah adalah suatu usaha dakwah yang mulia yang penuh dengan rintangan. Namun perjuangan haqq begini tetap dijanjikan kemenangan oleh Allah subhanawataala.

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat


Kejayaan sulung international syahadah Conference 2017 di Kuala Lumpur Malaysia ini yang membincangkan tentang kepentingan syahadah secara umum telah menambat hati banyak negara-negara luar. Walaupun dipandang sinis dinegara sendiri dan adaju menfitnah Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat, siri penjelajahan syahadah ke tahap global tetap akan diteruskan seperti yang telah dijadualkan insyaAllah.


World Syahadah Mission 7 Tahun Mendatang

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat

World Syahadah Council bukan satu misi kecil. Dimana usaha giat ini merupakan usaha dakwah secara peringkat global. Sebanyak 7 buah negara sedang menanti giliran bermula dengan konferen sulung di Malaysia pada 2017 diikuti di New Delhi, india (2018), United Kingdom (2019), Dubai (2020), Canada (2021), Singapore (2022), USA (2023) Morocco (2024)

International Syahadah Conference 2018. New Delhi, India

India merupakan satu negara yang mendahagakan konferen sebegini. Dengan populasi masyarakat islam yang ramai sekitar 172 million membuktikan usaha dakwah seperti disampaikan oleh Sheikh Dr Ismail Kassim wajib disampaikan kepada umum tentang kepentingan Syahadah, mempelajari, dan mengamalkannya.
 Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat

Perlantikan Moulana Shaykh Mohammad Ashraf Kichhouchhwi sebagai Presiden World Syahadah Council India dalam misi memartabatkan Syahadah ke seluruh india juga telah memberi impak positif kepada perjuangan Sheikh Dr Ismail Kassim adalah satu perjuangan yang benar. Beliau yang merupakan presiden ulama-ulama seluruh india yang sentiasa mengadakan program-program pengisian terbaik untuk umat islam seluruh india.

Larangan Sembunyikan Syahadah

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat

Walaupun Fitnah menuduh Sheikh Dr Ismail Kassim sesat terus menular tetapi ia tidak menjejaskan usaha dakwah mulia beliau ke seluruh dunia. Namun cuma dikhuatiri fitnah ini akan memberi kesan negatif pada mereka yang tidak tahu mana benar atau salah. Ini disebabkan kebanyakan mereka orang kebanyakan yang tidak bersalah dan terpengaruh pada golongan munafik di jabatan yang menggunakan kedudukan mereka cuba menyembunyikan kewajipan mempelajari syahadah kepada masyarakat. Ini adalah penyembunyian yang tidak wajar dilakukan seperti amaran yang  di firman okeh Allah subhanawataala.

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ ۚ وَمَن يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
dan janganlah kamu menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah 2:283)

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat

Seharusnya kita golongan berakal tidak terima bulat-bulat fitnah yang dilemparkan tentang apa yang disampaikan oleh Sheikh Dr Ismail Kassim sebagai sesat. Ramai juga yang tidak senang dengan cara ketegasan dalam penyampaian Sheikh Dr Ismail Kassim. Apabila membaca sejarah Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi Wasalam juga sangat tegas apabila menyampaikan bab iman, akidah, tauhid.

Kata Mereka Umpama Gula

Nabi  ﷺ  juga pernah bersabda supaya hati2 dgn ulama akhir zaman yang  munafik. Mereka sering menjual agama dengan keuntungan sedikit. Manakala kata-kata mereka manis bak gula tapi hati mereka... Nauzubillahiminzalik

Sheikh Dr. Ismail Kassim Sesat


Daripada Abu Hurairah RadiAllahuanhu. berkata: Rasulullah  ﷺ . hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. (H.R Tarmizi)

No comments:

Post a comment