فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Monday 19 March 2018

Baru Ku Tahu Puzzle Kosong Selama Ini Terisi Dengan Ilmu Ini



Bismillahi Rahmanir Rahim

Ya Salam Ya Allah

Alhamdulillahi Robbil Alamin, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.


Syahadah adalah tempat kosong perlu di isi

Indah… terasa sungguh indahnya hidup ini tatkala dihujani rahmat apabila mula menjelajahi alam hidup bersyahadah. Tiada perkataan tepat yang dapat diungkapkan bagaimana bahagia, tenang, damainya hidup dalam dunia syahadah.

Kehidupan ini umpama “puzzle” yang sedang disusun untuk menyempurnakan kehidupan kita. Bagai ada sesuatu yang belum sempurna dan belum lengkap dalam hidup kita. Seperti ada satu ruang kosong yang masih belum terisi. Akhirnya saya faham bahawa syahadah adalah tempat kosong perlu di isi malah yang paling utama.

Magnet Syahadah 2015

Malah implikasi syahadah memberi kesan positif yang paling luar biasa dalam hidup saya. Perancangan Allah menggerakkan saya menghadiri Magnet Syahadah 2015 adalah titik tolak permulaan sebenar hidup saya. Tanpa syahadah hidup kita akan jadi sia-sia. Sungguh!

Sheikh Dr Ismail Kassim adalah tokoh yang sangat disegani dan terkenal dengan ketokohannya di seluruh dunia. Dalam program Magnet Syahadah 2015, itulah pertama kali saya mendengar kata-kata beliau tentang syahadah. Bagaikan rahmat yang turun dan memenuhi ruang hati saya sehingga saya menangis teresak-esak dalam program magnet syahadah tatkala mendengar bait-bait kata beliau.

Baca Kupasan Lanjut Disini

No comments:

Post a Comment