فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain Allah (QS 47:19)

Sunday 25 March 2018

124 000 Anbiayul Mursaleen di Fitnah Di cerca di Maki kerana Menyebarkan Apa?

Sheikh Ismail Kassim Tidak Sesat

Bismillahirahmanirahim
Allahumma sholli ala sayyidina muhammad waala alihi wabarik wasallim
Fa'lam annahu لا اله الا الله (QS 47 :19)
Terpahatnya sejarah perjuangan 124 000 Anbiyaul Mursaleen menyampaikan ilmu Syahadah kepada umat manusia bukanlah sesuatu yang mudah seperti disangka. Penolakan demi penolakan berterusan bukan sahaja tidak mahu menerima seruan  dengan cara yg baik namun utusan Allah dibalas dengan cara sebaliknya seperti difitnah, dicerca, dimaki, dituduh sesat dan pelbagai lagi.

Terdapat juga nabi-nabi yang bukan sahaja dihina dina bahkan ada diantara mereka juga dibunuh sepertimana berlaku kepada Nabi Zakaria عليه السلام dan anaknya Nabi Yahya عليه السلام. Permusuhan kepada utusan Allah yang menyampaikan kalimah haqq menunjukkan kebencian mereka menggunung tinggi hingga ke tahap ingin bunuh membunuh..

Mengapa Anbiayul Mursaleen Dimusuhi

Jika kita semak kembali apakah janji utama iblis selepas mereka dihukum oleh Allah سبحانه و تعالى‎ dahulu.

Allah سبحانه و تعالى‎ berfirman:
قَالَ فَبِمَاۤ اَغْوَيْتَنِيْ  لَاَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيْمَ
"(Iblis) menjawab, Karena Engkau telah menghukum aku tersesat, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus,"
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 16)

Anbiyaul Mursaleen sentiasa membawa manusia ke jalan yang lurus. Lantas itu, musuh-musuh tidak senang atas usaha dakwah utusan Allah dan akan terus cuba menghalangi dan tidak mahu manusia dari menerima jalan yang lurus.

Apa yang Utusan Sampaikan hingga dimusuhi? 

Dari firman Allah di atas tadi menunjukkan semua anibiyaul Mursaleen membawa jalan yang lurus. Bagaimana pun harus difikirkan apakah jalan yang lurus itu? Apakah indikasi utusan itu adalah utusan Allah yang membawa jalan lurus.

Mari kita perhatikan tugas utama Allah menghantar utusan kepada semua umat manusia. Ia dijelaskan dan surah Anbiya ini

Allah سبحانه و تعالى‎ berfirman:
وَمَاۤ اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَّسُوْلٍ اِلَّا نُوْحِيْۤ اِلَيْهِ اَنَّهٗ  لَاۤ اِلٰهَ اِلَّاۤ اَنَاۡ فَاعْبُدُوْنِ
wa maaa arsalnaa ming qoblika mir rosuulin illaa nuuhiii ilaihi annahuu laaa ilaaha illaaa ana fa'buduun
"Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum engkau (Muhammad) ﷺ, melainkan Kami wahyukan kepadanya, (Laa ilaha IllAllah) bahwa tidak ilah selain Aku maka sembahlah Aku."
(QS. Al-Anbiya 21: Ayat 25)
Sheikh Ismail Kassim Tidak Sesat

Jadi sangat jelas jika kita nak kenal adakah mereka ini utusan Allah, panji utusan Allah adalah La ilaha IllAllah Muhammad Rasulullah sallallahu alaihi wassalam .

Bagaimana mana pun tidak cukup hanya membawa panji sahaja, mereka mesti mengajar ilmu tentang ILAH dari lautan Ilmu Kalimah La ilaha IllAllah, mengajar penyaksian ILAH, dan mengajar mengingati ILAH. tanpa ilmu tentang ILAH, seseorang itu tidak akan dapat mengenal siapakah ILAH nya sebenarnya.

Ini bertepatan dengan perintah Allah supaya semua umat islam wajib mempelajari ilmu Laa ilaha IllAllah sepertimana perintah dari surah 47 ayat 19. Fa'lam... Fa'lam.. Pelajari, tuntutlah, ,

Allah سبحانه و تعالى‎ berfirman:
فَاعْلَمْ اَنَّهٗ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْۢبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَ الْمُؤْمِنٰتِ  ۗ  وَاللّٰهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوٰٮكُمْ
fa'lam annahuu laaa ilaaha illallohu wastaghfir lizambika wa lil-mu`miniina wal-mu`minaat, wallohu ya'lamu mutaqollabakum wa maswaakum
"Maka ketahuilah, bahwa tidak ada ILAH selain Allah, dan mohonlah ampunan atas dosamu dan atas (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat usaha dan tempat tinggalmu."
(QS. Muhammad 47: Ayat 19)

Serangan bertubi-tubi pelbagai sudut

Sesiapa sahaja yang sentiasa ingin mencari dan  berada dijalan lurus pasti diuji, begitu juga para anibiya ul Mursaleen. Mereka difitnah, dimaki, dicerca, dihina. Namun ujian pada utusan Allah dan orang beriman bukan suatu bencana namun dengan ujian dapat meningkatkan, memantapkan, iman, ketakwaan, ketauhidan dan juga makam dan darjat mereka disisi Allah سبحانه و تعالى‎.

Untuk itu jika kita lihat kisah-kisah Anbiyaul Mursaleen mereka sering diserang dari pelbagai sudut. Ini juga sepertimana janji musuh Allah dalam surah Al-A'raf ini

Allah سبحانه و تعالى‎ berfirman:
ثُمَّ لَاٰ تِيَنَّهُمْ مِّنْۢ بَيْنِ اَيْدِيْهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ اَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَآئِلِهِمْ ۗ  وَلَا تَجِدُ اَكْثَرَهُمْ شٰكِرِيْنَ
summa la`aatiyannahum mim baini aidiihim wa min kholfihim wa 'an aimaanihim wa 'an syamaaa`ilihim, wa laa tajidu aksarohum syaakiriin
"kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 17)

Bagaimanapun ia tidak memberi kesan contoh nya kisah nabi Syuaib عليه السلام yang sentiasa diuji dengan pelbagai ujian sakit, anak, isteri, harta. Namun akhirnya usaha musuh Allah menjadi sia-sia. Nabi Syuaib yang diberi kemenangan olrh Allah سبحانه و تعالى‎. Baca kisah nabi syuaib alaihi salam.

Sheikh Ismail Kassim Tidak Sesat

Kesimpulannya permusuhan kepada perjuangan anibiya ul Mursaleen yang menyampaikan ilmu  Laa ilaha IllAllah bukan sahaja terhenti hingga zaman nabi mulia Shallallahu alaihi wassalam bahkan ia tetap berterusan hingga ke hari ini. Walaupun mereka dicaci, dimaki, dihina namun mereka tetap teguh nak selamatkan umat supaya akhir kalam umat adalah Laa ilaaha illAllah..






No comments:

Post a Comment